Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Isu Gereja: Umno Selangor Fail Saman Terhadap Mustafa Ali

UMNO Selangor sedang melihat dan meneliti berbagai berita fitnah yang dilemparkan kepada parti itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman jika sekiranya mempunyai mempunyai asas untuk berbuat demikian, kata setiausaha perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau yang ditemui di ruang legar bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata, kenyataan politik akan ‘dilayan’ cara politik tetapi kenyataan berbaur fitnah jahat yang menjejaskan kehormonian akan diambil tindakan sewajarnya.

“UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya ketika berdepan fitnah jahat ini,”kata beliau.

Mohd Zin sebelum itu mewakili Umno Selangor memfailkan saman terhadap pemimpin tertinggi PAS dan organ parti, Harakah kerana mengaitkan parti itu sebagai dalang isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Saman itu difailkan oleh Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi Rabu.

Dalam saman itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali sebagai dinamakan sebagai defendan pertama yang juga pemegang permit Harakah, manakala Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang dan Timbalannya Mohammad Sabu sebagai defendan kedua dan ketiga.

Selain itu, pencetak akhbar Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman, dan wartawan Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan keempat hingga keenam.

Menurut saman tersebut, Mustafa – yang juga pemegang permit Harakah – didakwa mengeluarkan “kata-kata fitnah” yang diterbitkan dalam Harakah edisi bertarikh 19 Ogos hingga 21 Ogos 2011.

Artikel itu bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS’.

“Tuduhan-tuduhan tersebut tersebut sangat serius di mana menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada plaintif oleh khalayak ramai dan masyarakat awam, baik di Malaysia dan antarabangsa,” saman itu dipetik.

Umno Selangor juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mustafa atau pembantunya atau ejennya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan “kata-kata fitnah” itu di media cetak atau elektronik.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Zin berkata saman terpaksa diambil oleh Umno negeri itu untuk mempertahankan diri walaupun pihaknya beberapa kali menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf.

Tetapi, katanya, tawaran itu ditolak oleh PAS dan Mustapa Ali dengan dipetik berakat “see you in court..”

Sehubungan itu, katanya, mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai tarikh pengurusan kes saman tersebut.

Berkaitan