28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Isu Hudud Hanya Membuang Masa? @nikabdulaziz

Pertarungan antara dua parti Cina, MCA dan DAP berhubung isu hudud PAS kelihatannya tidak akan menemui titik noktah. Masing-masing tegas dengan dengan pendirian menolak perlaksanaan hudud PAS.

Bagaimanapun, diantara kedua-dua parti itu, MCA telahpun mengumumkan pendirian rasmi mereka untuk menerima hudud versi PAS seandainya itu adalah kehendak majoriti.

Namun seperti yang dijangka ramai pihak, DAP selaku abang besar dalam pakatan pembangkang sehingga kini tegas untuk tidak sesekali mengikrarkan perlaksanaan hukum hudud sebagai agenda PR.

Tuntutan dan cabaran Presiden MCA, Chua Soi Lek supaya DAP dan PAS bersepakat memasukkan perlaksanaan hudud PAS dalam manisfesto PR sebaliknya dianggap pula sebagai batu api yang bertujuan untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua parti itu.

Malah DAP berpendirian cabaran Soi Lek berkaitan isu hudud PAS hanya akan membuang masa mereka sahaja jika dituruti tuntutan tersebut. Buang masa? Biar betul.

Itulah yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw ketika mengulas cabaran Presiden MCA, dan beliau juga turut menemplek Soi Lek kononnya MCA sendiri pun tidak jelas pendiriannya berkaitan isu perlaksanaan hudud PAS.

Padahal, awal minggu ini Soi Lek telah mengumumkan pendirian MCA yang bersedia menerima hudud versi PAS sekiranya ia dipersetujui majoriti pengundi. Jelas DAP terperangkap dengan langkah MCA itu dan kini terpaksa terus berdolak dalik dalam isu ini.

Selain itu, peringatan Seng Giaw supaya Soi Lek berhenti bercakap mengenai isu hudud atas alasan ia tidak layak diperkatakan oleh MCA, juga sebenarnya patut digunapakai sama oleh pemimpin DAP.

Jika MCA tidak layak membicarakan perihal hudud PAS, apa pula hak untuk pemimpin DAP mengkritik dan memaksa PAS tunduk pada tekanan DAP berkaitan pendirian parti cauvinis Cina itu yang menolak hudud PAS?

Khalayak umum tidak pernah lupa, Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP telah mengumumkan penolakannya terhadap perlaksanaan hudud dengan alasan isu tersebut tidak termasuk dalam persetujuan bersama melibatkan DAP, PKR dan PAS dalam PR.

Kenyataan Kit Siang itu pula disokong oleh anaknya, Lim Guan Eng yang menagaskan pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah apabila menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam ala PAS.

Sementelah lagi dasar PR kini sepenuhnya bersandarkan Buku Jingga yang langsung tidak meletakkan janji perlaksanaan hudud PAS sebagai agenda mereka. Itu satu lagi bukti nyata pendirian sebulat suara PR yang telah PAS terima hakikatnya.

Bila sudah begitu, maka betullah isu hudud hanya membuang masa pemimpin PR, disebabkan keputusan sebenar pendirian PR dalam isu ini sudah muktamad yakni tiada tempat dan ruang untuk perlaksanaan hudud PAS.

Lagipun selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS berkaitan usul pindaan perlembagaan disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily tempohari, Mat Sabu kemudiannya tampil mengesahkan soal perlaksanaan hudud tidak timbul sekalipun jika PR diberi peluang memerintah negara ini.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan