Isu Hutan Simpan Kuala Langat Utara akan dibawa ke MMKN Rabu ini - pakdin.my

SHAH ALAM — Isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada Rabu depan untuk dipertimbangkan hala tuju dan diputuskan. 

Menurut Pakatan Harapan (PH) Selangor dalam kenyataan di sini, keputusan untuk membawa perkara itu ke MMKN adalah hasil mesyuarat bersama pengerusi parti-parti komponen PH Selangor hari ini.

Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing berkenaan isu tersebut dan bersetuju perkara itu dibawa ke MMKN untuk diputuskan, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan pendirian PH Selangor terhadap cadangan lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang dibincangkan juga pada mesyuarat berkenaan.

“PH Selangor ambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan oleh kerajaan negeri. Mesyuarat juga turut bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek Lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) atau seumpama dengannya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Amirudin selaku Pengerusi Keadilan Selangor merangkap Pengerusi PH Selangor, Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim.

UTAMABERITAIsu Hutan Simpan Kuala Langat Utara akan dibawa ke MMKN Rabu ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium