24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Isu JAIS & DUMC – UMNO Selangor Beri Tempoh 3 Hari Mustafa Ali Minta Maaf

UMNO Selangor beri tempoh tiga hari kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos supaya minta maaf atau hadapi tindakan undang-undang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menyifatkan tuduhan berkenaan sangat berat,berunsur fitnah dan berniat jahat.

“Pas harus segera berhenti menyalahkan pihak lain dalam setiap isu yang berlaku dalam pentadbiran di Selangor,” katanya sebagai respon terhadap tuduhan yang dibuat Mustapha dalam sidang akhbar di Terengganu Isnin.

Mohd Zin mendakwa PAS lebih berminat bermain politik dari tumpu kepada usaha mencari kebenaran keatas majlis di DUMC yang disyaki cuba memurtadkan orang Islam.

Katanya pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Beliau menegaskan  JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik kerana isu membabitkan agama wajar diurus secara profesional dan berkesan.

Mohd. Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa ke atas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati dan dihayati oleh semua umat Islam.

“Rakyat sedang memerhati dengan penuh prihatin kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial,” tegasnya.

Sementara itu Mustapha yang diminta memberi bukti tuduhanya yang serius itu semasa sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa enggan berbuat demikian.

Katanya beliau hanya akan menyerahkan bukti berkenaan kepada Pengarah JAIS jika dapat bertemu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.