Isu Kalimah Allah (الله) – Sultan Selangor Murka - pakdin.my

SultanSelangorSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta supaya kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua injil berbahasa Melayu.

Baginda turut menitahkan supaya orang bukan Islam untuk tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Misri Idris memaklumkan Sultan Sharafuddin telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa ahli Majlis Agama Islam Selangor, MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi MAIS dan JAIS, 6 Januari lalu.

Sultan Selangor juga katanya telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus untuk umat Islam sahaja dan tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana telah difatwa dan diwartakan pada 1 Februari 2010.

Serentak itu, Sultan Selangor telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas.

Hak Sultan Selangor – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Sultan Selangor mempunyai hak menitahkan supaya orang bukan Islam tidak mencampuri urusan agama Islam.

Menurutnya, baginda adalah ketua agama Islam dan mempunyai hak dan kuasa dalam bidang itu di negeri Selangor.

Sultan Selangor juga telah menitahkan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus untuk umat Islam sahaja dan tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana telah difatwa dan diwartakan pada 1 Februari 2010.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAIsu Kalimah Allah (الله) - Sultan Selangor Murka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium