Isu Kalimah Allah – Penyokong PAS Berhimpun Bantah Tindakan DAP - pakdin.my

demo pas dap kelantan

KOTA BAHARU  — Sekumpulan 30 anggota dan penyokong PAS mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini hari ini bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci Allah.

Anggota kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Baharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu.

Wakil kumpulan berkenaan, anggota PAS kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, memberitahu pemberita: “Kami meminta pemimpin atasan PAS jangan takut dengan pemimpin DAP”.

Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi “Pemimpin PAS jangan jadi dayus dalam isu kalimah Allah”, “Kalimah Allah hak mutlak orang Islam” dan “DAP kudakan pemimpin Islam”.

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAIsu Kalimah Allah - Penyokong PAS Berhimpun Bantah Tindakan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium