Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
24,078
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Malaysia

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Malaysia
24,078
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Global

All countries
230,318,726
Confirmed
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
All countries
205,309,568
Recovered
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am
All countries
4,722,782
Deaths
Updated on September 22, 2021 05:00 5:00 am

Isu Kalimah Allah: Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik

Keep Father & Son in the Bible

Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh beberapa pihak. Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan penganut Kristian menjadikan nama ‘Allah’ sebagai isu besar. Mereka ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan ‘Father’ kepada ‘Allah’.

Mereka berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum. Bagaimanapun, di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa menggunakan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang kekeliruan dan kemungkinan ‘terpesong akidah’ sehingga menjadi Islam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang merasa bimbang sekiranya penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad. Kebimbangan ini adalah berasaskan usaha giat dari kalangan pendakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam kebelakangan ini.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah wajar bagi mengekang kebimbangan umat Islam dengan menghalang pengedaran The Herald.

Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks kebebasan beragama. Kononnya, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang berat sebelah, silap, mundur dan kononnya umat Islam di negara ini mengalami ketakutan yang tidak berasas. Mereka juga berhujah bahawa Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan terjemahan ‘Allah’ sebagai Tuhan dan ia tidak menimbulkan masalah.

Hakikatnya, isu ini adalah terhad ke atas The Herald sahaja dan keputusan mahkamah yang menyebelahi umat Islam itu adalah berdasarkan kes tersebut semata-mata tanpa melibatkan mana-mana gereja atau majlis terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Dalam kata lain, ia bukan satu isu pun kerana yang menjadi subjek di sini hanyalah The Herald, dan bukan amalan Kristian secara keseluruhan.

Oleh itu, kita melihat tindakan pihak yang membela The Herald adalah keterlaluan, terkeluar dari batasan dan berniat jahat.

Kita percaya, Kristian juga menuntut penganutnya agar patuh pada undang-undang dan tidak membuat kekacauan. Malangnya, apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah terdapat usaha untuk mencabar mahkamah dan tidak menghormati undang-undang oleh pihak pembela The Herald. Keadaan ini mampu mencetuskan kekacauan.

Apa yang lebih penting lagi ialah, tidak semua penganut Kristian bersetuju untuk menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan mereka.

Malah, sehingga kini, tiada lagi gereja yang memuji-muji ‘Allah’ dalam ‘khutbahnya’. Nama ‘Allah’ tidak pernah diamalkan dalam perbualan mahupun ceramah agama Kristian. Maka, kenapa The Herald perlu berdegil untuk menggunakannya sedangkan tindakan itu jelas mencetuskan permusuhan?

Bukankah lebih baik memilih perdamaian? Apakah dengan tidak menggunakan nama ‘Allah’ dalam The Herald maka penganut Kristian akan berdosa? Atau akidah mereka terjejas? Atau doa mereka tidak makbul lagi?

Dalam kata lain, sebelum berhujah tentang kenapa umat Islam tidak harus menghalang The Herald menggunakan nama ‘Allah’, bukankah lebih baik senaraikan dahulu sebab musabab kenapa The Herald perlu, wajib, harus, mesti menggunakan kalimah tersebut? Apakah yang akan dapat dicapai melaluinya dan apakah yang tidak akan dapat tercapai tanpanya?

Berkaitan