31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Isu Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Akibat Tekanan @nikabdulaziz

Isu Kalimah Allah Dan BibleKUALA LUMPUR: Keputusan terbaru Majlis Syura PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu dibuat selepas menerima tekanan pelbagai pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak mustahil sekiranya PAS mengekalkan keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan syarat ia tidak disalahgunakan sekiranya mufti terus mendiamkan diri dalam isu tersebut.

Katanya isu itu jelas menunjukkan ketidaksefahaman yang wujud dalam kalangan pucuk pimpinan PAS yang sanggup membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam demi meraih sokongan pengundi beragama Kristian di Sabah dan Sarawak.

“Nama Allah yang dikhaskan untuk umat Islam pun sanggup dipolitikkan. Sebelum Majlis Syura mereka buat keputusan, kita telah lihat drama di kalangan pucuk pimpinan PAS bila ada pihak yang bersetuju dan ada yang tidak,” katanya pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Transformasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) 2013 di sini, Isnin.

Ahmad Maslan juga percaya masyarakat tidak sewenang-wenangnya akan melupakan pendirian PAS berhubung isu itu pada 2010 kerana isu sama telah dicanang secara meluas menerusi ceramah dan sidang media pihak pembangkang. “Umno sudah pasti tidak akan menggadaikan kalimah Allah. Saya sendiri membaca dan mendapatkan pandangan ulama dan mufti tentang perihal ini dan tidak berbuat sesuka hati,” katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, Majlis Syura PAS yang dianggotai 15 anggota akhirnya memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyatakan, menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah Allah timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

 

Kalimah Allah : Kenapa Hadi Baca Teks, Haron Din Tidak ?

AIDCNews – 13/01/13 – Rakaman di atas adalah perbandingan kenyataan berkenaan kalimah Allah yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari 2013 dan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada 4 Januari 2010.

Kenyataan Hadi pada 8 Januari 2013 menegaskan pendirian berpegang teguh kepada kenyataan asal pada 4 Januari 2010 di mana dibacakan oleh Idris Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan Pas ketika itu.  baca seterusnya disini

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan