Home / :: BLOG :: / Isu kelapa sawit: Penyakit ‘saya terkejut’ terbawa ke Dewan Rakyat

Isu kelapa sawit: Penyakit ‘saya terkejut’ terbawa ke Dewan Rakyat

Drama bersiri ‘saya terkejut’ masih belum berakhir apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok turut melahirkan perasaan sama pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Keempat Belas.

Ahli Parlimen DAP Seputeh itu mengakui terkejut apabila mendapat tahu Indonesia menjual satu tan minyak kelapa sawit kepada sebuah syarikat negara China dengan harga kurang USD40 berbanding Malaysia.

“Beberapa hari lepas saya dapat tahu satu syarikat dari China, telah membeli minyak sawit dari Indonesia. Saya telah minta mereka beli kuantiti yang lebih daripada Malaysia, tapi mereka kata sudah beli di Indonesia dengan harga USD40 lebih murah dari Malaysia, untuk satu tan.

“Saya pun terkejut dengar harga seperti ini kerana kos pengeluaran minyak kelapa sawit di sana lebih rendah berbanding di Malaysia. Ini fakta,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada Isnin.

Akhir Ogos lalu, senario ‘saya terkejut’ menjadi isu hangat apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran ketika masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya turut terkejut dengan keputusan itu.

Terdahulu, Adham dalam soalannya ingin mengetahui langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan PH untuk membantu peladang kelapa sawit kerana terkesan akibat kos penyelenggaraan kebun yang meningkat tetapi harga belian lebih murah.

“Kami mahu tahu apakah tindakan kementerian untuk selamatkan rezeki mereka ini dari terus berkurangan, kami tidak mahu lambakan hasil kelapa sawit dan kualiti lemah menjadi alasan kerana kita ada Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOC),” katanya.

Ujar Teresa, pihaknya sedang mempergiatkan usaha untuk mempertingkatkan penggunaan biofuel dan mensasarkan ia boleh dilaksanakan pada akhir tahun ini.

“Pelaksanaan biofuel ini boleh menambahkan penggunaan minyak sawit di Malaysia, sekaligus bantu pekebun kecil untuk menggunakan lebih banyak hasil sawit sementara pihak kerajaan mencari tambahan pasaran baru,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dalam soalan tambahannya mahu semua duta Malaysia di seluruh dunia mendapatkan pasaran baru untuk menjual minyak sawit ini.

Malah katanya dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November depan perlu menekankan potensi dalam mencari pasaran baru yang dilihat berpontensi menaikkan harga minyak sawit.

Ahmad juga menekankan kerajaan PH berunding dan berbincang dengan kerajaan India agar menurunkan cukai import sawit.

Malah katanya syarat harga yang ditetapkan untuk kerajaan China juga perlu dirunding dengan kadar segera.

………
http://pakdin.my/tag/kelapa-sawit

Keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir) mendapat laba besar pengeksportan minyak sawit Indonesia ke China – Peneroka Felda dan pekebun kecil tersungkur
http://link.pakdin.net/sawit

(Visited 29 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

19 comments

  1. Ace Veronic

    Jgn bnrkn ldg2 klpa sawit dibeli cina2babi utk tjuan mmbuka kwsn prumhn@prindustrian! Fokus pd biofuel krn bkn shj dpt mnjga kbrsihn alm skitr, tp mmlihara pokok2 yg mmbklkn oxygen jg.

  2. Rosli Hashim

    Ini semua sebab sifat ANGKOH DAN TUDUHAN mamak pariah terhadap syarikat GLC Cina maka cina tunguk kuasa dan Angkoh pada mamak pariah yg rugi rakyat Felda taniah mamak sombong

  3. Lift Guy

    Saya pun terkejutz apabila China sanggup membeli sawit dari Malaysia. Itulah Cai semua tak nampak… sebenar..
    China mmg meminjam duit ngan Malaysia dan buat projek2 masa DSN.. tetapi mereka juga menolong dengan membeli sawit dari Malaysia. Supaya industri sawit malaysia makmur. Dengan pembelian sawit, rakyat Malaysia punya kewangan lebih baik dan menaikkan ekonomi negara. Dengan itu kutipan GST pun baik. Maka akan Malaysia boleh dan mempunyai salah satu sumber untuk membayar hutang2 yang dibuat untuk pentadbiran dan juga pembangunan negara. Inilah adalah putaran wang. Sesuatu langkah ekonomi yang bijak. Daripada menjual aset DSN menjual produk dengan negara yang meminjamkan wang. Tu pasal lah cai gi belajar dulu.. jgn sok tahu…

  4. Yusof Geegee

    Sebelum pru kau kempen kat eu jangn beli minyak sawit.bila dah jadi menteri buat terkejut.apa ni.

  5. Ali Namaku

    beruk mmg terkejut selalu.. lain kali tak pandai jgn jadi kerajaan.. gila kuasa susahkan rakyat.. kok kok kok ketok

  6. Umi Esyah

    Masallalahnya mereka ni taktahu buat kerja klu kita kerja dgn kilang pun takpandai buat kerja buang aje,,, kerja cari orang lain tertapi jika takada orang dtg minta kerja kena pakai juga walau pun takpandai,,,, tertapi kita ada kerajaan yg lama dan masih lagi ada jiwanya ,,kenapa tidak tukarkan saja dgn yg lama walau ada silap@salah bolih diperbaiki,ambil pengajaran dari is skg ini

  7. Lift Guy

    Umi Esyah itulah kita harus memperhebatkan tekanan. Dan tak lama lagi akan ada perperangan sivil dalam parlimen… dan tak menjadi hairan jika pembubaran bersejarah…lihat sahaja.. tak lama… 2-3 bulan jer lagi..

  8. Lift Guy

    Bukan… puak AI ngan M akan boxing… so M ada kuasa untuk bubar..

  9. Roslan Lan

    Aku lg terkejut , knp semuanya berlaku sejak si keling tu jd menteri ? , si keling tu jd menteri aje , swit & getah trs turun hrga ???

  10. Kulaiman Jj

    DSNR PM TERBAIK REGIME TUN DAPIG ZALIM dan penipu and BODOH

  11. Zul Ali

    Mau jual murah kau bukak kilang kat indon la

  12. Zul Ali

    Mau jual murah kau bukak kilang kat indon la

  13. Jama

    D situ dah tau… negara cina dah pulaukan malaysia

  14. Udeen Pff Ulu Kinta

    Pasir puteh saya tak terkejut ada.org panjat.saya… mental.tul…DAP vabi…

  15. Azami Bachik

    Eloklah kalau Menteri2 PH pengsan kerana terkejut.