Isu kelapa sawit: Penyakit ‘saya terkejut’ terbawa ke Dewan Rakyat - pakdin.my

Drama bersiri ‘saya terkejut’ masih belum berakhir apabila Menteri Industri Utama, Teresa Kok turut melahirkan perasaan sama pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Keempat Belas.

Ahli Parlimen DAP Seputeh itu mengakui terkejut apabila mendapat tahu Indonesia menjual satu tan minyak kelapa sawit kepada sebuah syarikat negara China dengan harga kurang USD40 berbanding Malaysia.

“Beberapa hari lepas saya dapat tahu satu syarikat dari China, telah membeli minyak sawit dari Indonesia. Saya telah minta mereka beli kuantiti yang lebih daripada Malaysia, tapi mereka kata sudah beli di Indonesia dengan harga USD40 lebih murah dari Malaysia, untuk satu tan.

“Saya pun terkejut dengar harga seperti ini kerana kos pengeluaran minyak kelapa sawit di sana lebih rendah berbanding di Malaysia. Ini fakta,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada Isnin.

Akhir Ogos lalu, senario ‘saya terkejut’ menjadi isu hangat apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran ketika masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya turut terkejut dengan keputusan itu.

Terdahulu, Adham dalam soalannya ingin mengetahui langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan PH untuk membantu peladang kelapa sawit kerana terkesan akibat kos penyelenggaraan kebun yang meningkat tetapi harga belian lebih murah.

“Kami mahu tahu apakah tindakan kementerian untuk selamatkan rezeki mereka ini dari terus berkurangan, kami tidak mahu lambakan hasil kelapa sawit dan kualiti lemah menjadi alasan kerana kita ada Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOC),” katanya.

Ujar Teresa, pihaknya sedang mempergiatkan usaha untuk mempertingkatkan penggunaan biofuel dan mensasarkan ia boleh dilaksanakan pada akhir tahun ini.

“Pelaksanaan biofuel ini boleh menambahkan penggunaan minyak sawit di Malaysia, sekaligus bantu pekebun kecil untuk menggunakan lebih banyak hasil sawit sementara pihak kerajaan mencari tambahan pasaran baru,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dalam soalan tambahannya mahu semua duta Malaysia di seluruh dunia mendapatkan pasaran baru untuk menjual minyak sawit ini.

Malah katanya dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November depan perlu menekankan potensi dalam mencari pasaran baru yang dilihat berpontensi menaikkan harga minyak sawit.

Ahmad juga menekankan kerajaan PH berunding dan berbincang dengan kerajaan India agar menurunkan cukai import sawit.

Malah katanya syarat harga yang ditetapkan untuk kerajaan China juga perlu dirunding dengan kadar segera.

………
https://pakdin.my/tag/kelapa-sawit

Keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir) mendapat laba besar pengeksportan minyak sawit Indonesia ke China – Peneroka Felda dan pekebun kecil tersungkur
http://link.pakdin.net/sawit

UTAMABERITAIsu kelapa sawit: Penyakit ‘saya terkejut’ terbawa ke Dewan Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium