30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

Isu LGBT pandangan peribadi Nasharudin – @MahfuzOmar

 “Pas akan tetap menyokong perjuangan Bersih 3.0 walaupun dipengerusikan Datuk S Ambiga, hatta orang gila pun, yang baru keluar hospital sakit jiwa, jika dia sanggup memperjuangkan keperluan pilihan raya yang bersih. Dalam hal ini, soal Ambiga tidak timbul, soal pilihan raya bersih yang diperjuangkan adalah penting,” kata beliau.

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan kenyataan Nasharudin Mat Isa berhubung amalan LGBT sebagai pandangan peribadi bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Nasharudin kelmarin, menyifatkan amalan LGBT ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Naib presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Nasharudin berhak menyuarakan apa sahaja pandangan dan kami menghormatinya.

“Pas akan tetap menyokong perjuangan Bersih 3.0 walaupun dipengerusikan Datuk S Ambiga, hatta orang gila pun, yang baru keluar hospital sakit jiwa, jika dia sanggup memperjuangkan keperluan pilihan raya yang bersih. Dalam hal ini, soal Ambiga tidak timbul, soal pilihan raya bersih yang diperjuangkan adalah penting,” kata beliau.

“Semua pihak harus memahami, Bersih 3.0 tidak melibatkan parti politik, sebaliknya ia tanda sokongan di atas usaha dan sama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan pilihan raya akan datang bersih dan telus.

“Sesiapa pun boleh menjadi pengerusi. Kami tidak mengambil kira latar belakang pengerusi atau sesiapa yang berada di dalam komuniti tersebut, asalkan ia tidak bercanggah dengan tuntutan asal,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, semalam.

Beliau berkata, Pas sendiri sudah menyatakan pendirian akan terus menyokong Bersih 3.0 kerana perjuangannya jelas iaitu menuntut satu sistem pilihan raya yang bebas daripada pelbagai perkara negatif.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.