25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Isu Murtad Raja Muda: Dewan Diraja Selangor Kesal Kenyataan Rahim

rahim-thamby-chik-murtad

Majlis Dewan Diraja Selangor menafikan kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berhubung dakwaan keterlaluannya bahawa Raja Muda Selangor telah murtad.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, Setiausaha majlis, Hanafisah Jais, berkata Abdul Rahim sepatutnya menyemak kesahihan maklumat itu sebelum berkongsi dan memberi komen.

“Majlis kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mengulas mengenai dakwaan penukaran agama terhadap Tengku Amir Shah.

“Kami benar-benar kesal apabila beliau tidak menyemak kesahihan maklumat diterima sedangkan perkara itu mudah dilakukan sekiranya beliau bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, kenyataan Abdul Rahim, adalah nyata berbaur hasutan dengan unsur fitnah yang boleh membangkitkan kebencian dan kemarahan umat Islam.

“Perbuatan ini dirasakan sengaja dilakukan beliau dengan niat jahat bagi mencemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda Selangor sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan baginda murtad.

“Akibatnya, banyak respon dan komen orang ramai terutama umat Islam menunjukkan kemarahan, kebencian dan cacian terhadap Raja Muda dan Sultan Selangor,” katanya.

Kenyataan itu menyebut bahawa Raja Muda Selangor kini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Di Raja Sandhurst, United Kingdom.

“Sekembalinya baginda ke negara ini, baginda akan ditauliahlan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Pada Isnin, Hanafisah dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani membuat dua laporan polis berhubung laman Facebook oleh seorang pengguna bernama ‘Rahim Tambychik’.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan