Isu Peralihan Kuasa Adalah Urusan Dalaman BN, Kata Taib - pakdin.my

Pelan peralihan berhubung calon terbaik untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri di Sarawak adalah urusan dalaman yang hanya melibatkan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Rabu.

Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau akan mengumumkan penggantinya apabila tiba masanya kelak.

“Ini adalah urusan peribadi kami. Apabila tiba masanya, saya akan membuat pengumuman dan anda (pembangkang) akan dapati pelan ini lebih baik daripada pelan peralihan DAP di Kuching,” katanya.

Taib berkata demikian selepas Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) meminta penjelasan berhubung ucapan beliau ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sambil membidas pembangkang, Taib berkata implikasi dalam menarik pelaburan dan mengekalkan rating yang baik bagi memastikan negara tidak mundur adalah satu tanggungjawab yang mereka tidak tahu.

“Itu adalah bentuk politik yang anda (pembangkang) memang terkenal,” kata ketua menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini iaitu sejak 1981, dan meraikan hari jadinya ke-76 pada Isnin lepas.

UTAMABERITAIsu Peralihan Kuasa Adalah Urusan Dalaman BN, Kata Taib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium