25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Isu PKNS, Khalid Ibrahim Pembohong Dan Penipu

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong dan penipu kerana cuba memutar-belitkan fakta sebenar berhubung isu pemecatan lebih 20 pekerja PKNS Holding.

Menurut Aliff sekiranya benar wujud pertindihan jawatan seperti yang di dakwa sebelum ini, mengapa kontrak beliau dan kakitangan yang lain dilanjutkan sebelum ini oleh PKNS.

 

“Contohnya, saya diberikan kontrak selama setahun sebelum ini. Pada penghujung kontrak saya, ia bukan sekadar diperbaharui namun dia (PKNS) turut menambah tempoh kontrak saya selama 2 tahun lagi.

(Oleh itu) apakah yang dimaksudkan sebagai ‘pertindihan jawatan’ sekiranya (PKNS) sebelum ini memutuskan untuk melanjutkan kontrak saya? Ini semua bohong, ini semua bohong, ini semua tipu,” luahnya kesal ketika ditemui tadi.

Khalid sebelum ini menjelaskan tindakan PHSB Holding, anak syarikat PKNS  untuk menamatkan kontrak lebih 20 pekerja mereka dengan notis 24 jam adalah disebabkan wujud ‘pertindihan’ jawatan antara pekerja tetap dan kontrak.

Selain daripada itu, Khalid turut mengatakan pemecatan itu akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

Menurut Aliff lagi, sekiranya Khalid mendakwa ia adalah merupakan satu bentuk pembaziran, mengapa PKNS memutuskan untuk mewujudkan syarikat ini dahulu? Sedangkan sebelum ini mereka mengatakan tujuan dan misi utama penubuhan PHSB adalah untuk memperkasakan dan membantu PKNS.

Tambahan pula keputusan untuk mengambil kakitangan ini adalah merupakan keputusan yang dibuat oleh semua pengurusan kanan PKNS.


“Bukan kami yang melantik diri sendiri, mereka yang memutuskan untuk melantik kami. Malah gaji kami pun ditetapkan oleh mereka. Sekiranya mereka merasakan gaji kami terlalu mahal atau tinggi, berilah gaji yang difikirkan sesuai dan bukannya melakukan kami seperti binatang.

“Sekiranya mereka rasa orang tua ini bernilai RM 50 hengget, bayarlah RM 50 hengget” jelasnya sinis.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya ia satu bentuk pembaziran mengapa ada di kalangan mereka sebelum ini, yang mempunyai kuasa dan pangkat telah meluluskan kenaikan gaji hampir 300 peratus?

“Malah sekiranya diteliti, kami dimaklumkan jumlah ‘elaun perjalanan’ pihak tertentu ada yang mencecah hampir RM 8 juta” ujar beliau lagi.

Beliau turut menyatakan, ada di kalangan mereka turut mengamalkan ‘kronisme’ dengan mengambil kakitangan yang terdiri daripada kaum keluarga sendiri dan perkara ini turut diketahui oleh semua pihak yang terbabit.

“Mungkin ini sebahagian dari SOP yang ditetapkan oleh PKNS. Dengan mengambil mereka yang mempunyai talian seperti anak lelaki, anak perempuan. Itu kami tidak tahu” katanya lagi.

Menurut Aliff lagi hanya disebabkan ada di kalangan individu yang mempunyai kepentingan ‘cucuk sana sini’, akhirnya hampir 20 kakitangan PHSB diberhentikan secara tiba-tiba.

Aliff juga mengharapkan agar PKNS menimbang semula isu ini sebelum tindakan undang-undang di ambil.

Kami masih tidak mahu mengambil tindakan undang-undang (pada ketika ini) kerana kami masih setia dengan PKNS kerana kami percaya perkara ini telah dilakukan oleh sesetengah individu (menjadi dalang) untuk memalukan orang-orang tertentu.

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...