Home / BERITA / ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.

ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.


KENYATAAN AKHBAR
Oleh:
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )

Laporan dirujuk:
Laporan Muka Hadapan Berita Minggu ( m/s 6 )
Bertarikh 7 Ogos 2011 ( Ahad )
dan
Laporan Harian Metro ( m/s 14 )
Bertarih 7 Ogos 2011 ( Ahad )

1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.

2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.

6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.

7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.

8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.

Sekian.

Kamal Amran b. Kamarudin
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
9 Ogos 2011 / 9 Ramadhan 1432

Berita Minggu 7/8/2011

Harian Metro 7/8/2011

(Visited 9 times, 1 visits today)

2 comments

  1. Saya mengenali puan nur ni,setahu saya suaminya penagih dadah dan pernah dipenjarakan atas kesalahan dadah dan mencuri.suaminya juga pernah memukul puan nur sehingga puan nur lebam2.suaminya pandai berlagak alim dan penipu .kalau suaminya bertanggungjawab,tak mungkin puan nur memohon bantuan.?Saya tak tahu mcmana bekas banduan dn org mcm suami puan nur dapat diambil bekerja dgn pusat dakwah pula sedangkan setahu saya bekas banduan dan penagih tak boleh diterima dalam perkhidmatan kerajaan? Dah jelas,orang jabatan agama dan pusat dakwah paroi,n9,telah terpedaya dgn watak lembut dan lagak alim puan nur ini.

  2. MAAF MAKSUD SAYA MAINS,PUSAT DAKWAH PAROI,N9 TELAH TERPEDAYA DENGAN WATAK LEMBUT SUAMI PUAN NUR BUKAN PUAN NUR.PUAN NUR NI MEMANG TELAH LAMA MENDERITA ATAS PERANGAI SUAMINYA YANG BERLAGAK ALIM DAN BERTANGGUNGJAWAB.ENTAH2 DUIT GAJINYA DIGUNA SUAMI UNTUK BELI DADAH,PATUTLAH TAK CUKUP UNTUK MENANGGUNG ISTERI DAN ANAK2.KALAU SUAMI PUAN NUR BERTANGGUNGJAWAB TAK AKAN JADI BEGINI NASIB PUAN NUR.WALLAHUALAM.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.