Isu RM1b: Langkah Selangor saman tak rasional – @Khalid_Ibrahim - pakdin.my

Dr Mohd Khir Toyo

Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo berpandangan langkah Kerajaan Negeri Selangor mahu menyaman MCA berhubung dakwaan penyelewengan RM1 bilion bagi menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn Bhd seolah-olah cuba berselindung.

Dr Khir berkata, tindakan itu tidak rasional kerana rakyat ingin tahu perkara sebenar berhubung dakwaan dibangkitkan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor dilihat seperti tidak berani untuk mendedahkan perkara sebenar.

“Saya tak nampak rasional di sebalik tindakan saman itu kerana orang nak tahu apa yang telah dilakukan dan Tee Yong juga cuma mahukan penjelasan.

“Kalau tiada apa yang berlaku mengapa tidak mahu memberikan penjelasan?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya mendedahkan perkara tersebut kepada umum agar semua pihak mendapat penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu telus dalam isu tersebut seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini.

Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan akan menyaman MCA berhubung dakwaan tersebut kerana dikatakan tuduhan berat menjejaskan nama baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan satu tuduhan tidak berasas yang mencemar imej kerajaan pentadbirannya.

UTAMABERITAIsu RM1b: Langkah Selangor saman tak rasional - @Khalid_Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium