Isu Tunku Aziz: Guan Eng enggan ulas

0
2

GEORGETOWN – “Tiada komen. Inilah komen saya.” Itulah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas laporan media yang menyebut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika memulakan ucapannya dalam majlis perasmian persidangan wartawan,di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sambil memegang dan menunjukkan muka depan akhbar Utusan Malaysia  yang memaparkan kenyataan Tunku Aziz menyokong program GTP, Guan Eng berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenainya.

“Saya tidak mengulas apa-apa mengenai pendirian Tunku Aziz. Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian masing-masing.

“Jadi jangan tanya saya lagi. Kamu boleh baca sendiri,” katanya mengenai kenyataan Tunku Aziz yang terpampang di muka depan akhbar itu hari ini.

Isnin lalu, Tunku Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP mengumumkan keluar dari parti itu berikutan perbezaan pendirian dengan pemimpin kanannya mengenai isu Bersih 3.0.

Keadaan menjadi lebih ketara apabila perkhidmatannya sebagai ahli Dewan Negara tidak disambung oleh DAP melalui kuota Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semalam, Tunku Aziz sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri perlu disokong kerana ia adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk… produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang),” katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Pada masa yang sama beliau turut menegaskan tidak bersetuju dengan cara berpolitik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here