24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Isu Unisel: Jangan salahkan orang lain, @NohOmar gesa PR

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa sering menyalahkan pihak lain berhubung isu yang berlaku di negeri itu termasuk isu membabitkan Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan BN kerana universiti itu sebelum ini tidak pernah mengalami masalah sepanjang berada di bawah pentadbiran BN.

“Sepatutnya kerajaan Selangor salahkan diri kerana gagal membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan mereka sepatutnya menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

“Mereka boleh pula biayai kos guaman kes mahkamah membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli menggunakan duit rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Maal Kacau

Dodol’ anjuran Badan Amal Selangor (Kasih) dan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak Malaysia) di Puncak Alam di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut membidas kenyataan Abdul Khalid sebelum ini bahawa 44 buah asrama Unisel yang dibina oleh JNSB tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) dan menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Saya mempunyai maklumat bahawa asrama berkenaan sebenarnya mempunyai CF melainkan Menteri Besar boleh buktikan bahawa asrama berkenaan tiada CF.

“Mereka adalah kerajaan tetapi cara mereka berfikir seolah-olah seperti mereka pembangkang. Kalau nak tolong rakyat tolong JNSB, janganlah nak lari daripada kenyataan,” katanya.

Noh dalam pada itu menggesa Abdul Khalid supaya segera mendedahkan laporan audit kewangan Unisel tanpa perlu menunggu hingga akhir bulan ini berikutan laporan berkenaan sudah ada serta telah ditandatangani oleh Menteri Besar itu dan Penasihat Kewangan Negeri.

Ketika diminta mendedahkan isi kandungan laporan audit itu, beliau bagaimanapun berkata hanya akan mendedahkannya selepas Abdul Khalid berbuat demikian seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Komen

..