Isu Zionis – Nik Aziz Mahu Anwar Buat Kenyataan Terbuka - pakdin.my


..

Mursyidul Am PAS hari ini mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan secara terbuka, sekiranya memilih untuk menarik balik kenyataannya berhubung sokongan beliau terhadap usaha melindungi keselamatan Israel di The Wall Street Journal.

Isu itu kata Datuk Nik Aziz Nik Mat – perlu diperjelaskan kerana kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu terang-terangan bertentangan dengan prinsip agama dan negara.

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT / Mursyidul Am PAS

“Takpa biarlah gitu dulu kalau dia tak tarik balik itu masalah kemudian, cuma sebab dia buat kenyataan terbuka maka saya nak jawab secara sulit tak betul la, bila isu ini terbuka jawab juga mesti terbuka supaya semua orang tahu”.

Itu pendirian yang disuarakan Menteri Besar Kelantan ini siang tadi, sekaligus mengulangi kenyataannya semalam, hasil persetujuan sebulat suara Majlis Syura Ulama PAS berhubung sokongan Datuk Seri Anwar terhadap keselamatan rejim Zionis di Palestin.

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT / MURSYIDUL AM PAS

“Di antara keputusan Majlis Syura meminta saya kirim surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik kenyataan dia mengenai Israel di Wall Street, sekiranya surat khabar Wall Street ini tak tepat, saman kawan tu”.

Katanya – jika benar kenyataan itu dibuat Datuk Seri Anwar, ia jelas tidak selari dengan prinsip negara serta pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah kerana kekejaman rejim Yahudi itu terhadap penduduk Palestin.

Dan sebagai sahabat dalam pakatan pembangkang – teguran berikut dilontarkan buat Penasihat PKR.

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT / MURSYIDUL AM PAS

“Kita sebagai berkawan bila bersahabat kewajipan kita tegur menegur. Apa yang kita tengok pada kawan kita tak betul kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tak betul dia tegur kita”.

UTAMABERITAIsu Zionis - Nik Aziz Mahu Anwar Buat Kenyataan Terbuka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium