Friday - July 30, 2021 @ 00:35
BERITANASIONALIzzah bakal disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman

Izzah bakal disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman

Izzah-Akta-Perhimpunan-Aman

Keengganan dan sikap keras kepala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerajui perhimpunan #KitaLawan hari ini menyaksikan beliau bakal disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Izzah menjelaskan perkara tersebut di dalam ucapan ringkasnya di Masjid Jamek sebelum bergerak menuju ke hadapan Sogo.

“Hal yang sama berlaku, sebentar tadi, saya dapat sepucuk surat dari PDRM,” katanya menambah bahawa perhimpunan harus diteruskan bagi menuntut keadilan.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Ia sekaligus menjadikan perhimpunan tersebut dikategrikan sebagai perhimpunan haram.

Bagaimanapun, pimpinan pembangkang berkeras tetap meneruskan perhimpunan yang digelar sebagai Solidariti Anwar Ibrahim dan mengajak rakyat turun beramai-ramai untuk menyatakan sokongan.

Berkaitan:

2 COMMENTS

  1. Tak perlu simpati sebab kenal bapa dia, kerana dia wanita, kerana dia ibu tinggal, kerana dia anak, kerana ibu dia, kerana jawatan dia. Dia memang siuman dan tahu risiko berbuat demikian. Bila dia dah melanggar hukum, enggan bila dinasihati, maka tangkap dan dakwa saja dia Ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here