Jabatan Kesihatan Siasat Gambar Selfie Doktor Dengan Ibu Bersalin

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

doktor-bersalin-selfie

Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat aduan mengenai seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam posisi bersalin sehingga menampakkan alat kemaluan wanita tersebut dan menjadi viral di laman media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini,” katanya kepada The Star.

Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.

Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.

Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu.

Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah.


Gambar seorang doktor mengendalikan proses kelahiran kini tersebar viral. Ramai kawan2 saya yg share dengan mengecam doktor tersebut. Mereka juga tag saya bertanya komen saya berkenaan insiden tersebut.

Berikut adalah pandangan saya:

1. Tindakan selfie ketika seorang ibu bersalin adalah SALAH sama sekali dan melanggar tataetika seorang doktor. Seorang doktor mestilah menjaga maruah dan kerahsiaan pesakitnya serta melindungi maruah pesakitnya pada setiap masa.

2. Walau beliau bergambar sekadar utk bergurau sesama rakannya atau sebagai simpanan peribadinya (kenangan), ia sama sekali tidak wajar dan salah untuk dilakukan.

3. Seandainya seorang doktor mahu juga mengambil gambar pesakit atau anggotanya bagi tujuan akademik (pembelajaran dsbgnya) dia mestilah mendapatkan keizinan pesakit tersebut. Gambar yg diambil tidak boleh digunakan diluar dari ruang keizinan yg diberikan pesakit apatah lagi disiarkan di media sosial.

4. Pesakit mempunyai hak sepenuhnya utk menolak permintaan doktor mengambil gambar mereka.

5. Sungguhpun wajah dan identiti pesakit dalam gambar ini tidak kelihatan, perbuatan ini adalah tidak wajar, salah, tidak beretika dan amat tidak bertanggungjawab.

Namun demikian, saya berpendapat, tidak ada doktor yg sebegitu bodoh akan menyebarkan gambar pesakit dalam pose seperti itu utk tatapan umum.

Kesalahan doktor ini berkemungkinan adalah kerana dia bergurau senda bersama rakannya (boleh dilihat dgn tanda V yg ditunjukkannya) ketika bekerja dan mungkin ada unsur sabotaj apabila gambarnya itu sengaja diviralkan kepada umum.

Saya tetap menegaskan bahawa perbuatan doktor itu bergambar sedemikian adalah salah dan tindakan sewajarnya mesti diambil.

Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya amat tegas dan tidak akan berkompromi dgn perbuatan sebegini yg boleh menimbulkan keraguan masyarakat atas amanah penjagaan kerahsiaan pesakit dan menjejaskan profesionalisme di tempat kerja.

Perbuatan ini adalah tidak ada bezanya dgn perbuatan masyarakat awam yg menyebarkan gambar mangsa kemalangan dan juga jenazah/mayat di facebook dan media sosial yg lain. Perbuatan itu juga mestilah dikecam.

Adalah merupakan satu kesalahan juga apabila keaiban mangsa dan jenazah ini didedahkan kononnya atas konsep berkongsi berita dan sebagai iktibar sedangkan mereka dan waris mereka juga sudah pasti tidak akan mengizinkan sama sekali gambar2 itu disebarkan dan disensasikan.

BACA juga:

Leave a Reply