25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Jabatan Peguam Negara fail afidavit Adib tak dipukul

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield hari ini menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam, M Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April.

Beliau berkata, afidavit itu, yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hamdan Hamzah, menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang.

Afidavit itu turut menyatakan pakar patologi forensik memberi keterangan dalam prosiding inkues bahawa kecederaan yang dialami Adib, sehingga membawa kepada kematiannya, bukan kecederaan akibat dipukul.

“Anak guam saya berpuas hati dengan kandungan dalam perenggan 5 dan 6 afidavit itu yang disahkan oleh DPP Hamdan Hamzah dan kami mengesahkan perkara ini menerusi afidavit kami yang difailkan pada 12 April,” kata Visvanathan kepada Bernama.

DPP Hamdan yang hadir bersama-sama DPP Mohd Dusuki Mokhtar tidak membantah penarikan balik itu.

Jawatankuasa petugas kuil itu turut menarik balik permohonannya bagi penangguhan inkues sementara menunggu rayuannya bagi penangguhan itu selesai.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara menarik balik permohonannya untuk membatalkan rayuan jawatankuasa kuil berkenaan.

Panel 3 anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Umi Kalthum Abdul Majid, Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan kemudianya membatalkan rayuan serta permohonan tersebut.

Jawatankuasa bertindak kuil berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman supaya peguamnya dibenarkan menjadi pemerhati dalam inkues itu dengan mendakwa bahawa ia adalah “pihak berkepentingan” dalam inkues berkenaan.

Pada 31 Januari tahun ini, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan jawatankuasa itu atas alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang jelas, substantif dan munasabah.

Rayuan jawatankuasa tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Februari tahun ini.

Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 27 Nov lepas.

Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis. – FMT

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan