26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Jabatan Veterinar sahkan daging babi di Masjid Carok Tok Kun

SH-Daging-Babi

Laporan yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengesahkan seketul daging yang ditemui di pekarangan Masjid Cherok Tokun, Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah, adalah daging babi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan polis sudah menerima pengesahan daripada Jabatan Veterinar itu.

Beliau berkata, polis juga sudah merekodkan enam keterangan daripada penduduk kampung dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Dalam kes ini, polis tidak akan bertolak ansur dengan tindakan mana-mana individu cuba mencetus provokasi yang boleh menggugat perpaduan kaum.

“Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan suasana menggugat ketenteraman awam dan keharmonian rakyat berbilang kaum,” kata Abdul Rahim.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Polis Pulau Pinang.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Ahad lalu, daging babi itu ditemui oleh seorang pembantu imam ketika hendak menunaikan solat Subuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, daging berukuran sebesar dua tapak tangan dewasa itu ditemui lelaki berkenaan yang ingin memasuki ruang masjid.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi Rakan Cop di talian 04-2295900 atau mana-mana balai polis terdekat.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...