23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Jadikan Kehancuran Negara Tertentu Sebagai Iktibar – Raja Perlis

KANGAR: Kehancuran beberapa negara tertentu yang berpunca daripada rakyatnya yang tidak bersatu padu sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat negara ini mengenai pentingnya perpaduan, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail.

Baginda bertitah kesan daripada itu, negara berkenaan bukan sahaja hancur malah rakyatnya hidup dalam penderitaan yang memilukan.

Bertitah merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2012 peringkat negeri di Simpang Empat dekat sini hari ini, baginda berharap perpaduan rakyat Malaysia yang unik terus dipelihara dengan sebaik mungkin.

“Malaysia dikenali di mata dunia kerana perpaduan rakyat yang berbilang kaum, kebudayaan dan agama dan keunikan itu menjadikan negara ini contoh dalam membina semangat perpaduan oleh negara lain,” titah baginda.

Menurut baginda, perpaduan adalah tunjang utama setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Sehubungan itu, baginda berharap ibu bapa dapat menyemaikan semangat perpaduan dengan mengajar anak-anak mereka menghormati kepercayaan bangsa lain dan belajar menerima kepelbagaian kaum di negara ini.

“Janganlah menanam rasa perkauman, diskriminasi apatah lagi hasutan kerana merekalah yang akan mewarisi kemakmuran dan mempertahankan keamanan negara,” titah baginda.

Pelbagai acara diadakan sepanjang Minggu Perpaduan bertemakan “Kesederhanaan dan Keakraban Asas Perpaduan” anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama kerajaan negeri yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-69 keputeraan Raja Perlis.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan