27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Jadual Perdana Menteri Di Sandakan Hari Ini Padat

SOKONGAN PADU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis bersama rakyat dan pecah tanah Masjid Lupak Meluas di Batu Sapi
SOKONGAN PADU… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis bersama rakyat dan pecah tanah Masjid Lupak Meluas di Batu Sapi

SANDAKAN, 16 Dis  — Jadual lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini Ahad padat dengan menghadiri tiga acara pada sebelah pagi dan satu acara pada tengah hari.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas pada pukul 9 pagi.

Selepas itu Najib akan melakukan pula acara pecah tanah bagi pembinaan masjid baru, yang terbesar di Batu Sapi dengan anggaran kos kira-kira RM5 juta.

Beliau kemudiannya akan merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik di sebuah hotel, diikuti dengan menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti gereja dan badan bukan kerajaan sebelum berlepas pulang.

Sepanjang lawatan beliau, perdana menteri diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan