Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar - pakdin.my

Rajah laluan Sektor Utara

Jadual Perjalanang: Padang Rengas - Bukit Mertajam - Padang Rengas

Jadual Perjalanan Butterworth - Padang Besar - Butterworth

Jadual Tambang Padang Rengas - Padang Besar - Padang Rengas

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam

PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen Padang Rengas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula 1 September 2016.

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata perkhidmatan itu yang telah bermula 2 September lepas bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menawarkan 22 perkhidmatan pergi dan balik setiap hari.

“Kekerapan perkhidmatan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu di antara 5.30 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 8 malam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmatan komuter utara itu yang disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah menawarkan tambang yang berpatutan dari stesen Taiping-Kamunting dengan RM1 bagi dewasa dan tambang maksimum bagi dewasa bernilai RM17.20 dari stesen Padang Rengas ke Padang Besar.

“Kita juga telah memulakan perkhidmatan komuter utara pada 11 September 2015 dari Butterworth ke Gurun dan Butterworth ke Kamunting dengan 14 perkhidmatan.

“Atas sambutan yang menggalakkan, kami telah menambah 28 lagi perkhidmatan setiap hari dari Butterworth ke Padang Besar dengan tambang RM11.40 sen,” katanya.

Menurut Sarbini, diskaun 50 peratus diberikan kepada kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) manakala tambang untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun adalah percuma.

Beliau berkata perkhidmatan komuter utara itu akan memudahkan perhubungan dan perjalanan orang ramai ke utara seperti Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.

Pihaknya juga telah memperkenalkan satu program ‘Ride & Ride’ dengan membenarkan penumpang membawa basikal di dalam perkhidmatan komuter, katanya.

“Seramai 2,000 orang telah menggunakan perkhidmatan itu dalam tempoh Jun hingga Ogos lalu dan perkhidmatan ini memberikan satu gaya hidup yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata perkhidmatan komuter dari Padang Rengas ke Bukit Mertajam itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar.

“Ini membuktikan perkhidmatan itu bukan hanya terdapat di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, tetapi kini perkhidmatan tersebut dijalankan di kawasan luar bandar seperti di Padang Rengas.

Beliau percaya dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan memajukan industri pelancongan di negeri ini kerana perkhidmatan komuter itu menghubungkan beberapa bandar besar di sebelah utara.

UTAMAJadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium