28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Jaga Pemakanan Ketika Menonton Perlawanan – Pakar Kesihatan #PialaDunia2014

pialadunia2014-jaga-pemakanan

Piala Dunia baharu sahaja memasuki hari keempat dan jersi bola sepak anda mungkin sudah ketat di bahagian pinggang.

Jika ia berlaku, anda dinasihatkan supaya memikirkan semula apakah snek yang dimakan ketika menonton perlawanan Piala Dunia 2014, kata Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong.

“Memandangkan pengambilan snek dilihat sebagai satu kemestian ketika menonton perlawanan, seseorang perlu berusaha memastikan pemakanan diamalkan dengan baik. Ada segelintir orang sekadar menjadikannya sebagai habit untuk mengunyah sesuatu ketika menonton,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Tee mencadangkan supaya mereka menghentikan pengambilan snek yang digoreng menggunakan minyak seperti kentan dan makanan ringan yang manis.

“Ini termasuk minuman. Mengurangkan pengambilan minuman manis seperti minuman berkarbonat dan kordial.

“Pengambilan air alkohol tidak dinasihatkan kerana ia mengandungi kandungan kalori yang lebih tinggi daripada gula,” katanya.

Dr Tee mencadangkan supaya air kosong atau snek yang lebih sihat sebagai alternatif seperti buah-buahan yang mengandungi air seperti tembikai, dan sayur-sayuran yang rangup serta mempunyai kalori rendah seperti lobak (baby carrot), brokoli dan daun selderi.

Kesihatan peminat Piala Dunia turut diabaikan dalam kehidupan harian mereka kerana kurangnya aktiviti fizikal disebabkan oleh penumpuan terhadap perlawanan itu, kata Dr Tee.

Beliau turut menggesa supaya mereka yang mengalami ‘demam bola’ supaya melakukan aktiviti fizikal ketika musim ini.


“Cuba untuk berjalan di sekitar pejabat dan lebih banyak berjalan di rumah,” katanya.

“Pemain bola sepak membakar banyak kalori dengan berlari di padang sementara peminat bola sepak hanya duduk menonton perlawanan dengan menambah banyak kalori,” katanya lagi.

Dr Feisul Idzwan Mustapha, yang merupakan pakar kesihatan fizikal masyarakat di Kementerian Kesihatan percaya semuanya perlu diamalkan dan diambil secara bersederhana.

“Saya boleh cakap untuk mengurangkan pengambilan teh tarik, minuman ringan dan snek, tetapi ia hanya bertentangan dengan keserasiannya untuk menonton bola seoak di Malaysia,” katanya.

“Untuk mengubah budaya kita, kita perlu berjaya mengatasinya.

“Memandangkan Piala Dunia hanya berlaku empat tahun sekali, saya tidak mahu menjadikan suasana tidak menarik, tetapi dengan bersikap wajar, mendengar tubuh badan anda dan tahu batasan anda. Jika anda penat, anda perlukan rehat,” katanya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr H. Krishna Kumar berkata, tidur dan rehat yang cukup adalah penting.

“Ambil cuti tahunan sekiranya anda mahu menonton perlawanan-perlawanan ini secara berterusan maka anda boleh tidur pada waktu siang dan mempunyai rehat yang cukup.

“Ini terutama sekiranya kerja anda memerlukan untuk membuat keputusan penting atau mendedahkan anda kepada kemungkinan kecederaan,” katanya.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...