JAIS -DUMC: Kumpulan 12 Tuntut Hak Murtad?

 

Usaha Khalid Samad yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah bagi injil berbahasa Melayu nampaknya tidak mendatangkan hasil lagi kerana antara yang disoalsiasat semasa pemeriksaan DUMC oleh JAIS mengatakan ‘I believe in god’ semasa ditanya apa agamnya. Beliau tidak mengatakan ‘I believe in Allah’ meskipun kad pengenalan beliau menyatakan beliau beragama Islam dan berbangsa Melayu. Lihat video soalan lisan JAIS dan individu tersebut disini dan disini.

Dr Asri pula boleh lah terus mengatakan tindakan JAIS tidak betul kerana mereka yang berada didalam gereja dan menerima bantuan tidak semestinya akan murtad. Mereka yang menerima bantuan gereja tidak akan murtad sama keadaannya bukan islamyang memasuki Masjid tidak akan menukar agama mereka. Dr Asri juga tidak bersetuju orang bukan islam tidak dibenarkan memasuki masjid sedangkan yang kita tidak bersetuju orang bukan islam memasuki masjid memberi tazkirah(ucapan politik) serta tidak menutup aurat. Selama ini pun tiada masalah bagi bukan islam memasuki masjid bagi tujuan melawat dengan adab yang mesti dipatuhi.

Dengan kenyataan oleh Dr Asri disahut oleh segelintir yang menggelar diri mereka ulamak dan yang berlagak ulamak mengatakan tidak salah mereka mernerima sumbangan dari gereja kerana menerima sumbangan tidak bermakna mereka tertarik dengan agama kristian. Alasan yang mereka beri adalah bagi memperlekeh tindakan JAIS menyiasat gereja berkenaan. Lihat sini, sini dan Google berkenaan tidak salah menerima bantuan gereja.

PAS sampai hari ini masik berdolak dalih mengenai isu pemeriksaan JAIS keatas DUMC. Dalam keadaan kalut mereka menolak penjelasan yang diberi oleh Exco Agama selangor dari PAS dan menuding jari menuduh UMNO menjadi dalang.

Pihak gereja perlu berterima kasih kepada mereka yang memperlekehkan tindakan JAIS yang mungkin bermotifkan politik, bagi mendapatkan undi dalam pilihanraya akan datang.

Apakah benar 12 orang yang berstatus beragama Islam pada kad pengenalan mereka menuntut hak untuk murtad? Kalau berpandukan kepada twitter peguam yang mewakili mereka terbayang kekecewaan beliau dalam hal hak untuk murtad bagi 12 orang anak guam beliau.

Di bawah adalah screengrab beberapa tweet yang dikeluarkan oleh peguam hak asasi Edmund Bon Tai Soon pada Ogos 4.

(Pada malam Ogos 3, Jais menjalankan pemeriksaan acara kontroversi yang dianjurkan oleh pusat Harapan Komuniti-DUMC bertempat di dewan gereja Methodist).

Tweet Edmund Bon mengatakan beliau telah cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menentang hak anak guamnya untuk meninggalkan Islam.

Akan tetapi Edmund nampaknya tidak betul fakta apabila mengatakan JAIS/MAIS bukan terletak di bawah bidang kuasa exco negeri. Sebenarnya exco SelangorHasan Ali ialah timbalan pengerusi MAIS dan perkara-perkara bersabit agama adalah hal negeri (state matter).

(Klik pada rajah untuk besarkan. Http://twitter.com/#!/edmundbon)

Edmund Bon pernah menjadi pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan serta jawatankuasa hak asasi manusia bersama Majlis Peguam. Beliau juga salah seorang pengasas Pusat Rakyat Loyar Burok.

Siapa agaknya anak guam yang dimaksudkan oleh Edmond Bon itu dan adakah tweetnya mempunyai apa-apa kaitan dengan 12 orang Melayu yang akan disoalsiasat Jais?

Sepenuhnya di Helen Ang

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.