31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

JAIS-DUMC – Sultan Selangor Titah Tubuh Majlis Syura

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

“Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

“Pada masa sama, saya juga telah berjumpa dengan Mufti Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Abdul Khalid berkata majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Berita Berkaitan

Cara Solat Sunat Tahajjud Ringkas Serta Doa

Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai...

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Solat Sunat Witir. Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah. Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad,...

Cucu Mahathir, Othman Mirzan Bangga Tidur Dengan Anjing Kesayangan

Nama cucu kesayangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah Othman Bin Mirzan.  Beliau dengan penuh angkuh dan bongkak memuat...

5 Cadangan untuk Drama Thailand Romantis 2020 yang mesti anda tonton

Pada masa ini, selain drama Korea, drama yang berasal dari Thailand atau biasa disebut Lakorn juga digemari oleh masyarakat. Drama Thailand mempunyai jalan cerita...

Memang Kafir Harbi pun !

Ini kerana walaupun sekiranya mereka tidak/belum mengangkat senjata keatas umat Islam/pemimpinnya dengan hanya mengkritik Islam atau hukum hakam Islam maka mereka dikira sebagai Kafir Harbi dan melanggar perjanjian sebagai Kafir Zimmi (seandainya istilah itu digunakan).

Pokok Lidah Jin dalam rumah boleh jejas kesihatan

Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah. Bagaimanapun, seorang...

Jangan terlepas pandang kawasan pedalaman untuk 5G, kata pakar Korea

“Penduduk di kedua-dua kawasan bandar dan di luar bandar sepatutnya mendapat manfaat daripada pembangunan teknologi ini,” katanya di luar forum “Siri Unjuran Digital 2019: Membentuk Lanskap Digital”

Malas isi minyak? Nissan tawar kereta elektrik penuh

"Dunia yang lebih banyak kenderaan lektrik, lebih terhubung dan lebih berautonomi,"

Khasiat daun belalai gajah

TREND masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber...

Kedah rangkul gelaran Piala FA kali kelima

Kedah FA mengulangi kejayaan Piala FA 2017 di Stadium Bukit Jalil setelah menjinakkan Perak FC 1-0

Komen

..

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...