Jais lancar aplikasi android, mudahkan orang ramai buat aduan jenayah syariahsyariah - pakdin.my

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meningkatkan kemampuannya membanteras jenayah syariah melalui aplikasi android Amar, kini semua orang boleh jadi mata dan telinga badan agama itu.

Singkatan kepada ‘amar ma’ruf nahi munkar’ (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk), Pengarah Datuk Haris Kasim berkata teknologi telefon pintar itu memudahkan orang ramai untuk membuat aduan sekaligus meningkatkan keberkesanan Jais mencegah ‘barah’ jenayah syariah.

“Saya rasa ramai orang akan guna aplikasi ini sebab ia mudah,” kata Haris ketika dihubungi.

“Semua aduan boleh dibuat menerusi aplikasi ini seperti aktiviti khalwat, ajaran sesat, ceramah agama yang tidak mempunyai permit dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.”

Spesifikasi untuk pemasangan aplikasi ini tidak berat, manakala penggunaannya kelihatan mudah. Versi sedia ada belum lengkap, namun ia sudah mampu melakukan tujuan teknologi itu – seperti melapor pelaku khalwat dan penceramah tanpa tauliah secara senyap dan pantas.

Turut dimuatkan adalah enakmen berkaitan bagi membantu pemahaman pengguna.

“Kita dapat maklumat yang cepat daripada siapa yang menyalurkan di mana lokasi dan mereka boleh menghantar gambar, dan maklumat yang kita dapat hanya pegawai Jais sahaja dapat tahu.

“Selepas dapat maklumat kita bukan terus serbu kerana kita ada tatacara pengendalian piawai (SOP) yang kena patuh; kita kena sahkan perkara itu terlebih dahulu baru kita ambil tindakan,” katanya.

Jais berharap aplikasi ini dapat menyedarkan orang ramai yang tugas mencegah bukan sahaja tanggungjawab jabatan agama.

“Masyarakat juga berperanan menjadi mata dan telinga Jais sekali gus menyedarkan mereka yang ingin melakukan kesalahan bahawa mereka bukan sahaja perlu takut kepada Jais tetapi perlu juga takut kepada orang sekeliling.

“Kita menjangkakan semua orang menggunakan aplikasi ini dan Jais juga mengalakkan imam dan pihak pengurusan masjid supaya turut menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan mereka membuat aduan,” katanya.

 20161006-aplikasi-aduan-jais

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAJais lancar aplikasi android, mudahkan orang ramai buat aduan jenayah syariahsyariah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium