30.6 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

JAIS Serah Laporan Mengenai Gereja Kepada Menteri Besar Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hari ini menerima laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Beliau berkata laporan itu diterimanya daripada wakil JAIS sewaktu mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, dan beliau juga meminta laporan berkenaan disembahkan kepada baginda Sultan untuk diteliti.

“Apa-apapun saya akan mengadakan perbincangan dengan Tuanku Sultan dan selepas itu saya akan buat beberapa pengumuman mengenai perkara ini,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sini.

Abdul Khalid juga berkata memandangkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melawat Selangor selama tiga hari mulai Rabu ini, pengumuman mengenai isu gereja itu akan dikeluarkan pada minggu depan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.