24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Jakim Pantau Premis Makanan Sediakan Buffet Berbuka Ramadhan, Pastikan Ada Sijil Halal Sah

buffet ramadhan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meningkatkan pemantauan secara berkala sepanjang Ramadan nanti bagi memastikan premis makanan seperti restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan yang mempunyai perakuan sijil halal yang sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu halal menjadi keutamaan Jakim kerana semasa Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.

Katanya mana-mana pemis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal akan diambil tindakan tegas dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu itu.

“Kita akan lebih menghalusi soal makan, jadi Jakim telah susun aktiviti dengan aturkan pasukan-pasukan untuk pemantauan di seluruh Malaysia, terutama untuk penguatkuasaan bagi makanan.

“Dalam bulan Ramadan ini hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada orang ramai berbuka puasa memerlukan pemantauan yang rapi dan kita akan war-warkan nanti sebelum awal Ramadan dengan senarai rujukan termasuk dalam laman web portal,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Membara Karnival Sukan Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerai berkata untuk itu, Jakim akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi menggerakkan pasukan masing-masing dalam menguatkuasakan peraturan berkenaan.


“Pemantauan berkala penting bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan helah pengusaha hotel dan restoran yang ingin mencari keuntungan dengan menawarkan bufet Ramadan tanpa perakuan sijil halal yang sah.

“Pemantauan juga bagi memastikan pemilik restoran atau hotel mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan menggunakan bahan halal yang dipersetujui,” katanya.

Jamil Khir berkata pemantauan itu juga bagi memastikan sijil perakuan halal masih sah digunakan dan tidak tamat tempoh.

Beliau berkata pengguna perlu bijak memilih lokasi berbuka puasa terutama rangkaian hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan yang mendapat perakuan sijil halal sah daripada Jakim dan Jain.

Pengguna boleh menyemak terlebih dahulu premis makanan atau hotel yang memiliki persijilan halal atau tidak menerusi laman web Jakim iaitu http://www.halal.gov.my bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat pilihan untuk berbuka puasa.

Berita Berkaitan

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

[Video] Pesawat ringan mendarat cemas dikendali juruterbang profesional

KULAI: Kerosakan enjin dipercayai menjadi punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B, mendarat cemas...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...