30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Jakim Salahkan Media, Nama 'Pretzel Dog' Bukan Isu

KUALA LUMPUR: Perkataan “dog” yang bermaksud anjing bukan punca yang menyebabkan produk pretzel Auntie Anne’s tidak memperoleh sijil halal, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Bahagian Halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kenyataannya telah disalah lapor pihak media.

Ketika dihubungi The Star Online pada Selasa, beliau bagaimanapun berkata, Jakim telah menyarankan nama ‘pretzel dog’ ditukar untuk membolehkan Auntie Anne’s menerima sijil halal.

Beliau juga berkata, panel Jakim telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama sedemikian.

Bagaimanapun, pada Khamis ketika ditemui di lobi Parlimen, Dr Sirajuddin berkata, permohohan syarikat itu gagal kerana mengemukakan kertas kerja yang tidak lengkap.

Beliau mendakwa, kenyataannya yang terdahulu berkaitan perkataan “dog” itu tidak seharusnya dikaitkan dengan pengeluaran sijil halal itu kerana ia tidak merujuk kepada kes Auntie Anne’s.

“Kenyataan itu secara umum berdasarkan manual dan prosedur permohonan sijil halal. Ia juga mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Dr Sirajuddin berkata, terma ‘pretzel dog’ tidak termasuk dalam permohonan sijil halal premis makanan itu.

“Saya telah meneliti permohonan itu dan sehingga malam tadi tiada permohonan berkaitan ‘pretzel dog’.

“Kami masih meneliti laporan audit berdasarkan penemuan di dapur premis itu kerana itu adalah prosedur yang ditetapkan tetapi pihak lain telah mengetengahkan isu mengenai nama produk,” katanya menjelaskan mengenai perkara itu.

 

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan