30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Jakim & SKMM Sentiasa Pantau Aktiviti LGBT Di Laman Media

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa bekerjasama memantau aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini, khususnya di laman media.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata kerjasama itu dijalinkan menerusi sebuah jawatankuasa yang turut dianggotai jabatan tersebut dan SKMM.

“Kita ada pegawai yang sentiasa memantau laman-laman web yang cuba menyebar dan menyokong LGBT di negara ini. Kita turut menerima laporan daripada orang ramai.

“Jika kita dapati ada perkara tidak sesuai dalam laman web tersebut, maklumat akan disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya selepas sidang akhbar program realiti ‘Adik-Adikku’ musim ketiga pada Isnin.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai peningkatan golongan yang menjalin hubungan sesama jenis di kalangan LGBT, selain kewujudan kumpulan penyokong pergerakan itu di negara ini melalui laman sosial.


Othman juga berkata bagi mengekang penularan LGBT di negara ini, masyarakat perlu memainkan peranan dengan melapor kepada Jakim.

“Mereka juga boleh membantu dengan membawa mereka yang terlibat kepada orang yang boleh memberi nasihat,” katanya.

Beliau berkata Jakim juga sentiasa berusaha mendekati kumpulan itu untuk menangani masalah amalan songsang tersebut.

“Kita ada program berkala bersama golongan ini… dan ramai juga yang terlibat dalam program ini,” katanya yang tidak menolak kemungkinan dakwah itu tidak sampai kepada mereka.

Othman berkata golongan LGBT, yang hanya bergaul sesama sendiri,turut menyukarkan proses penyampaian dakwah kepada mereka

Berita Berkaitan

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...