32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

[Video] Jalan Lojing-Gua Musang ditutup akibat tanah runtuh

Jalan Gua Musang-Lojing di laluan FT185 di sini ditutup kepada semua kenderaan pada Ahad berikutan tanah runtuh dan banjir lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang membabitkan runtuhan tanah dari lereng bukit, seterusnya menimbus laluan di kedua-dua arah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, runtuhan berlaku di kilometer (KM) 60-62 laluan FT185 Jalan Lojing-Gua Musang, berdekatan Bandar Baru Lojing membabitkan kawasan sepanjang 1.5 kilometer.

“Lokasi ini tidak mempunyai jalan alternatif dan melibatkan paras air antara 0.35 meter sehingga 0.76 meter dan kini ditutup kepada semua kenderaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, runtuhan berlaku akibat hujan lebat berterusan menyebabkan kegagalan struktur tanah sehingga meruntuhkan lereng bukit.

“Saya nasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak mendekati kawasan runtuhan kerana amat berbahaya kepada semua.

“Laluan berkenaan sama sekali tidak boleh dilalui pengguna kenderaan, manakala kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilakukan bagi mengawal keadaan di situ,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.