30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

JALAN MEREKAH DI FELDA SAHABAT LAHAD DATU, BUKAN BERPUNCA DARIPADA GEMPA BUMI

LAHAD DATU: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, semalam bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan hujan lebat di daerah ini, termasuk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu

“Kejadian itu berlaku pada pagi semalam dan ia bukan kerana gempa bumi seperti viral di media sosial. Kerja pembaikan jalan terbabit kini giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membina laluan alternatif di bahu jalan berkenaan untuk kemudahan pengguna.

Lokasi kejadian terletak lebih 100 kilometer dari bandar ini.

20161104-jalan-merekah-felda-sahabat-lahad-datu

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan