Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan kegusaran dan kekhuatiran apabila melihat pemimpin Islam kerajaan menjadi semakin permisif dan liberal.
Menurutnya, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin condong kepada nilai-nilai tajaan parti tertentu dalam politik kepartian mereka.
“Sedikit demi sedikit nilai Islam terhakis kerana lemahnya kita dalam tawar-menawar politik. Kita terlalu bergantung kepada talian hayat yang dikuasai orang lain,” katanya dengan nada kecewa.
Annuar dalam catatan di facebooknya memberi reaksi demikian berhubung komentar Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad yang memberi justifikasi mengapa beliau tidak menentang ‘Oktober Fest’ atau ‘Beer Festival’.
Walaupun penulisan Tun Mahathir mengenai pesta arak tersebut mudah difahami dan diterima logik pemikiran biasa tetapi Annuar dengan tegas menyanggah pendapat Perdana Menteri Ketujuh itu.
“PM menjadikan alasan antara lain ‘Oktober Fest’ ini tradisi, khasnya bagi orang Jerman. Kalau pun benar begitu, perlu kita ingat Jerman adalah sebuah negara yang penduduknya majoriti bukan Islam dan Islam tidak terpahat dalam perlembagaan negaranya.
“Dan Jerman bukan negara yang dipimpin oleh orang Islam. Sementara kita negara pimpinan orang Islam dan Islam itu AGAMA BAGI PERSEKUTUAN,” tegas Annuar.
Ahli Parlimen Ketereh itu turut membidas pandangan Tun Mahathir yang tidak kisah jika orang bukan Islam mahu minum arak hingga pengsan sekalipun asalkan tidak menganggu orang lain, seperti memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
“Perlu difahami, Islam melarang minuman arak kerana ia adalah ‘khamr’ atau sesuatu yang memabukkan. Orang yang mabuk sudah pasti memudaratkan dirinya dan juga orang lain.
“Bila disebut festival sudah pasti ia dilakukan di tempat awam dan terbuka. Justeru kesan langsung atau tidak langsung pada orang lain sudah tentu ada. Maka sesuatu festival sudah tentu turut memberi impak pada orang Islam dan masyarakat,” bidasnya lagi.
Justeru sebagai pemerintah, Annuar mengingatkan mereka bahawa pemimpin bertanggungjawab kepada semua rakyat pimpinannya dan juga bertanggungjawab kepada Allah SWT.
“Para ulama’ mungkin boleh memberikan hujah berautoriti tentang perkara ini..tentang tanggungjawab seorang pemimpin Islam. Namun ia tidak wajar dilihat diberi galakan atau dorongan oleh pemerintah dalam apa jua bentuk sekalipun. Boleh saja ada pesta tanpa seolah membudayakan amalan yang memudaratkan, baik arak mahupun ‘khamr’ yang lainnya.
“Ia juga bercanggah dengan prinsip ‘private space’ dan ‘public space’ yang cuba dihurai oleh Menteri Agama kerajaan PH,” katanya.
Annuar juga menggesa kerajaan sebagai pemerintah agar tidak perlu membenar dan menggalakkan apa jua bentuk pesta bagi perkara yang dilarang oleh agama atau budaya di Malaysia ini.
“Jalan untuk penduduk nak ke masjid ditutup, tapi untuk pesta arak jalan diguna dan dibuka,” sinisnya.
Hidup Din bacul tua
Hahahaha….bermakna jalan ke syurga bukan senang, tapi jalan nak gi duduk tengah2 api dan bara, dibuka luas dan tiada halangan.
Din kau tahu ker jln ke masjid,entah2 masjid pun tak pernah masuk
Itu lah ALLAH dah hantaq BALA mai kat Penang. Jejambat kat paya terubong dah runtuh. 100% penempatan disitu adalah kaum cina !
Kurang pengetahuan ikut ikutan jadi kuranglah menafaatnya.
Kepo
Itu la PH… Budaya German dibanggakan ❗
Aku dgr tak lama lg kerajaan fuckatan hancing tak nak benarkan surau dan masjid laungkan azan lps ni.. betul ye?
Kemenangan kaum kuffar
Tutop sekolah rendah cine india
Mana ada jalan ke masjid di tutup…. Masih ada jalan la siak… Yg di tutup adalah jalan taman… Kehendak org taman jugak… Org kampung tiada hak… Jauh sikit tak boleh ke? Bkn berpuluh berkilometer pun….
Suka tgk warna warni kehidupan Malaysia Baru..
bangga MP laknat dari.Dapig, mereka ingin kebangkitan org melayu dan.islam, jgn.salahkan mereka tp salah org melayu.yg undi dia, pi lah join minum.sekali, kasi tepuk amai2 sama.
MP saja buat test cll
Pastilah Yg Bukan Berugama Islam , Pintu Masjid Ditutup …la… Dan Pintu Pesta Arak Dibuka Hanya Kapada Yg Bukan Muslim……!!!
Bekalan last minit
Apasal bising pasal arak…..yang melayu Islam merokok hari hari itu pun tak henti henti dimna saja lepas tu buang puntung rokok mana mana merosakkan kesihatan sendiri dan keluarga itu apa pasal melayu Islam diam??????
bodoh punya singh rokok dgn arak x sama rokok x mabuk, arak tu mabuk, ada juga singh bodoh dan bangang..
abis kau x nmpk singh yg minum beer tu mana ia buang botol.dan tin beer, pi lah tgk..
Dave Singh tu anti-Melayu