Sunday - August 1, 2021 @ 08:20
BERITANASIONALJalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas di Gaza...

Jalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas di Gaza City

Jalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas-4

Jalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas-5GAZA CITY – Puluhan ribu penduduk Palestin berhimpun dekat sini bagi meraikan ulang tahun pergerakan Islam, Hamas ke-25, hari ini.

Keadaan hujan renyai sejak awal pagi tidak menghalang penduduk Gaza yang setia dengan Hamas untuk berarak sebelum acara utama bermulanya acara utama di kompleks Al-Qatiba, barat Bandar Gaza.

Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal yang bertahun-tahun hidup dalam buangan selepas kebangkitan rakyat Palestin atau Intifada menentang kekejaman Israel pada Disember 1987 menyertai perhimpunan bersejarah itu.

Beliau pulang ke Gaza semalam.

Menurut pegawai, Mashaal dijadual menyampaikan ucapan mengenai perkembangan Hamas dalam dunia Arab serta perdamaian bersama pesaing politik sekularnya, Fatah.

“Ucapan Khaled akan menggariskan keutamaan pergerakan Hamas di masa depan dan pelaksanaan proses damai dengan Fatah,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Jalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas-2

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here