Jam Tangan Mewah Pegawai SPRM Yang Menjadi Viral Milik Suami – Mula Bertugas Di SPRM 1 Jun 2015 - pakdin.my

Kepada yang memulakan viral dan yang tolong menyebarkan.. apakan kalian tidak merasa berdosa?
Apa kah cukup berdiam diri tanpa meluahkan sepatah perkataan MAAF?Berhati-hati dalam menyebar sesuatu perkara.
viral-pecah-rumah-pegawai-sprm

Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.

“SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas.

“Pegawai ini telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.

“Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi,” kata Rohaizad dalam kenyataan kepada Bernama.

Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.

“Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang.

“Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan,” kata beliau.

SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes ini menerusi media sosial, katanya.

UTAMABERITAJam Tangan Mewah Pegawai SPRM Yang Menjadi Viral Milik Suami - Mula...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium