Jambatan ketiga: Kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengelirukan - pakdin.my

Kementerian Kerja Raya tidak pernah meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan sebarang cadangan baharu mengenai pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang sebagai syarat untuk meluluskan projek berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, syarat Kementerian untuk meluluskan projek berkenaan tidak memerlukan kerajaan negeri tersebut berbuat demikian tetapi membuat permohonan dengan menyertakan sekali semua dokumen yang sedia ada sebagai cadangan pembinaan.

Saya tidak memahami mengapa perlu ada kekeliruan di sini. Sama ada hendak diluluskan atau tidak, sama ada terdapat cadangan yang sedia ada atau terdapat sebarang cadangan baru, yang penting semua dokumen lain yang berkaitan projek perlu ada dalam setiap surat permohonan.

“Kerajaan negeri tidak perlu terus menerus membuat kenyataan yang mengelirukan sedangkan perkara ini telah berlarutan selama dua bulan. Ini bukan sesuatu yang produktif bagi kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadillah berkata, tidak ada pihak berkuasa di dunia ini akan meluluskan sebarang projek lebih-lebih lagi yang menelan belanja yang sangat tinggi hanya melalui surat permohonan dua muka surat.

“Saya tidak pasti dengan sebarang permohonan dua muka surat dan terus diluluskan telah menjadi amalan di Pulau Pinang, tetapi cara ini tidak menjadi amalan di Kementerian kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, pihak Kementerian telah mengeluarkan kenyataan sebanyak tiga kali meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan dokumen-dokumen cadangan dan sokongan projek bagi membolehkan Kementerian turut mengkaji dan memanggil pihak terbabit untuk membuat perbincangan sebelum diluluskan.

“Tetapi telah tiga kali jugalah Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) tidak mempedulikan permintaan saya ini. Malah (Guan Eng) membuat kenyataan yang semakin mengelirukan kononnya Kementerian meminta cadangan baharu yang pastinya akan menelan yang tinggi dan akan membebankan mereka sebagai syarat meluluskan projek,” katanya.

UTAMAPOLITIKJambatan ketiga: Kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengelirukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium