31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Jambatan Sungai Selangor Di Rasa Ditutup Sementara, Guna Laluan Alternatif – JKR

KUALA KUBU BHARU – Lorong laluan satu, Jalan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim (Seksyen 442) di Jambatan Sungai Selangor dekat Rasa akan ditutup kepada semua kenderaan pada 9 Oktober ini bermula 8 pagi hingga 10 Oktober pada pukul 7 petang.Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam satu kenyataan berkata, penutupan lorong itu adalah melaksanakan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan (fasa dua) bagi menggantikan jambatan sedia ada.
“Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif seperti melalui Jalan Kala Kali Rasa – Jalan Utama Taman Keruing atau Jalan Ampang Pecah ke Rasa – Jalan Kuala Kubu Baru ke Gap (FT55).
“Bagi kenderaan yang berat muatannya lima tan atau lebih pula, pemandu diminta keluar untuk menggunakan Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Tanjung Malim (jika dari arah utara) dan Plaza Tol Sungai Buaya (jika dari arah selatan),” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.