Jamil Khir fail saman terhadap Akmal - pakdin.my

jamil-khir-yapeim-laporan-polis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyaman Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan duit tabung anak yatim dan miskin melalui institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Jamil Khir selaku pihak plaintif yang diwakili peguam-peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Adnan Seman menamakan Akmal yang juga Ketua Publisiti PKR Johor sebagai pihak defendan.

Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan yang diterbitkan di laman sosial Facebook NOW pada 13 November lalu bersifat jahat, tidak benar dan merupakan serangan ke atas maruah, integriti serta reputasi beliau sebagai menteri.

Jamil Khir sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk atas fitnah tersebut selain memohon perintah injunksi. –

UTAMABERITAJamil Khir fail saman terhadap Akmal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium