Penjawat awam perlu meningkatkan produktivi kerja mereka dan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara selaras berita baik yang diumumkan kerajaan menerusi pengubahsuaian Bajet 2016.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata mereka juga perlu akui jaminan diberi kerajaan khususnya berkaitan desus desus pemotongan elaun dan gaji sebelum ini, yang nyata tidak benar.
“Ini adalah satu berita baik buat semua penjawat awam termasuk yang berstatus kontrak…jaminan kerajaan bahawa tiada pemberhentian perkhidmatan (kakitangan kontrak) dan potongan kepada mana-mana elaun.
“Saya sarankan penjawat awam janganlah terpedaya atau percaya khabar angin, sebaliknya menumpukan fokus dan usaha kepada melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang ditetapkan khususnya di bawah RMK-11 dan langkah (pengubahsuaian) seperti diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tadi,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau turut menyifatkan pengubahsuaian Bajet kali ini menunjukkan kerajaan sentiasa memberi fokus untuk memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan, terutama ketika kos sara hidup meningkat.
Sementara itu, Ali berkata, sektor perkhidmatan awam juga akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada sektor swasta dalam memastikan aktiviti ekonomi dan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara lancar.
“Ini akan dapat menjana hasil pendapatan kepada kerajaan, meningkatkan ‘people economy’ dan memperkukuhkan ekonomi negara,” katanya.
Jaminan sudah diberi, masa untuk penjawat awam tingkat produktiviti – KSN: Penjawat awam perlu meningkatkan pr… https://t.co/8u5volYEgE
Mana-mana penjawat awam yang masih tak percaya boleh letakkan jawatan.
Jaminan sudah diberi, masa untuk penjawat awam tingkat produktiviti – KSN https://t.co/NtYgx3IGCo
Izad Mahat liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Koulong Kojiun liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Seth Faizal Mukhriz liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Serina Jaafar liked this on Facebook.
Rusdi Ojan liked this on Facebook.