Jangan Bermusuh Dengan Istana – Amaran Ulama PAS

Dr Mahfodz Mohamed
Dr Mahfodz Mohamed

- Advertisement -

“Jangan bermusuh dengan istana,” tegas pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mahfodz Mohamed ketika mengulas mengenai krisis politik di Selangor membabitkan kerusi menteri besar.

Menurutnya, PAS tidak seharusnya mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda memberi perkenan kepada wakil rakyatnya untuk menduduki kerusi panas itu.

“Dewan Ulama cadangkan supaya kita menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh sultan. Kalau bagi kepada PKR, PAS kena terima.

“Tapi kalau tuanku bagi kepada PAS, kita kena terima. Buat apa kita nak cari musuh yang lain. (Dengan) Umno kita sudah bermusuh, takkan nak bermusuh dengan istana pula?” katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh perwakilan sebagai tanda sokongan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Saranan Mahfodz itu dilihat bertentangan dengan cadangan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin sebelum ini yang mahu parti menolak titah Sultan Selangor sekiranya baginda perkenan melantik wakil rakyat PAS.

Perbezaan itu juga membuktikan bahawa wujud dua kumpulan dalam PAS iaitu proPKR dan proUlama khusunya membabitkan pelantikan menteri besar.

Perkembangan terbaharu politik di Selangor menyaksikan majlis angkat sumpah menteri besar negeri itu yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus mungkin dapat menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

Mengulas lanjut Mahfodz turut membidas pandangan kumpulan proPKR dalam dalam PAS berhubung kuasa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membuat keputusan.

Katanya, berdasarkan Perlembagaan PAS, seseorang presiden mempunyai kuasa pemutus serta tidak terikat dengan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Tak ada langsung yang menyebut bahawa presiden terikat dengan keputusan mesyuarat.

“Ikut Perlembagaan PAS, seseorang ketua tak wajib untuk ikut keputusan mesyuarat. Ketua ada kuasa pemutus,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Hanipa bahawa secara amalannya, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan kepentingan parti.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.