26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Jangan biar anasir pecah belah Muafakat Nasional: Tok Mat

TANJUNG MALIM – Muafakat Nasional perlu dipertahankan daripada dipecahbelahkan pihak tertentu yang mahu melihat penyatuan UMNO dan Pas itu berakhir.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Muafakat Nasional perlu terus dipertahankan bagi menjadikan orang Melayu dan Islam menjadi dominan di negara ini.

Menurutnya, dengan penyatuan itu akan memudahkan perancangan untuk menentukan masa depan agama bangsa dan tanah air.

“Kalau kita berpecah atau dipecahkan, maka kita akan terus menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan kumpulan kecil ini tidak mempunyai kekuatan, kita akan terpaksa bergantung kepada nasib dan harapan kepada orang.

“Mana mungkin kita sebagai anak watan, tetapi kita bergantung nasib masa depan kepada orang lain. Itu sebabnya saya amat risau, saya amat khuatir bahawa perpaduan yang telah pun tercipta ini.

“Janganlah kita biarkan ada anasir yang cuba memecahbelahkan,” katanya ketika berceramah pada Majlis Taqarrub di Dataran Felda Gunung Besout 4, Sungkai di sini malam tadi.

Beliau turut berhasrat untuk melihat persengketaan dan perpecahan orang Melayu di negara ini berakhir kerana sebelum ini mereka menyambung tradisi permusuhan sejak sekian lama.

Katanya, penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional harus dipertahankan kerana ia diibaratkan sebagai pokok yang sedang tumbuh merendang menjadi tempat berteduh rakyat.

“Marilah kita sama-sama pupuk, suburkan pokok penyatuan ummah ini yang sekarang kita kenal sebagai Muafakat Nasional. Pokok Muafakat Nasional yang mula merendang ini, melindungi kita orang Melayu dan orang bukan Melayu sedang membesar dengan subur sekali.

“Mari sama-sama menyuburkan pokok Muafakat Nasional supaya dapat menjadi sebagai tempat kita berlindung daripada hujan dan panas, tempat untuk kita berlindung daripada ribut dan petir dan berbuah untuk sama-sama makan buahnya berkongsi menikmati pada satu-satu ketika,” katanya.

Mohamad berkata, Muafakat Nasional perlu meneruskan tekad dan meneruskan agenda menjadikan orang Melayu sebagai kelompok majoriti.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19...

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah...

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut...

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan