26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

Jangan buat rakyat muak dengan cara politik UMNO kata YB Dato Seri Shahidan Kassim

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemimpin UMNO perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan rakyat muak dan bosan dengan episod perbalahan politik yang tidak berkesudahan.

Menurut beliau, rakyat sebenarnya lebih suka melihat UMNO bekerjasama dengan parti politik yang lain dalam mentadbir urusan negara.

“Ketika rakyat sedang muak dengan keadaan politik semasa, pemimpin UMNO pula mempertikai sesama sendiri.

Hentikanlah kenyataan yang suka mempertikaikan sesama sendiri, sebaliknya tumpu kepada agenda membantu rakyat terutama dalam keadaan yang tidak menentu pada waktu ini seperti musibah banjir serta penularan COVID-19.

“Keadaan yang berlaku dalam UMNO ketika ini hanya menimbulkan kebencian kepada masyarakat yang dilihat sudah bosan dengan tindakan UMNO yang masih berterusan berpolitik.

“Rakyat sebenarnya mahu lihat kita mampu menyatupadukan UMNO itu sendiri dengan bekerjasama bersama parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sebagainya,” tegasnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.