Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Jangan guna duit rakyat ‘tampal’ muka ahli politik di pek bantuan

Dua kumpulan pengguna dan persatuan sukarela mengecam perbuatan meletak logo parti dan potrait ahli politik di atas pakej bantuan kepada rakyat terkesan.

Mereka berpandangan, tindakan politik murahan itu dibuat semata-mata mahu mendapat kredit walaupun bantuan berkenaan sebahagiannya dibayar pembayar cukai.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, N Marimuthu berkata, perbuatan memalukan itu turut memaparkan ahli politik yang berkuasa “tidak berhubungan” untuk memahami penderitaan rakyat ketika ini.

Tinjauan beliau mendapati, beberapa gambar terpampang yang dicetak di atas plastik berisi bantuan memerlukan kos RM5 sekeping dan sepatutnya nilai wang berkenaan disalur untuk membeli sebuku roti tambahan untuk diagihkan.

“Kadang-kala saya tertanya-tanya apa yang berlegar di minda ahli politik sebegini.

“Saya melihat barisan panjang untuk mendapatkan bantuan makanan dan saya melihat keperitan rakyat Malaysia di wajah mereka. Adakah anda menganggap rakyat ceria melihat muka Ahli Berhormat mereka.

“Ini adalah bentuk kempen menggunakan nasib rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan selepas hilang pendapatan. Mereka diberi peruntukan menggunakan duit pembayar cukai dan tidak malu menggunakan wang itu untuk berkempen,” katanya.

Marimuthu juga menggesa Putrajaya menghentikan amalan seumpama itu berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata demikian susulan paparan di sosial media menunjukkan pengedaran bantuan makanan, yang antara lain turut memaparkan imej ahli politik ditampal di plastik bantuan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader, berkata tindakan ahli politik itu mengejutkan kerana kesanggupan mereka memperlihat “politik murahan” ketika berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.

“Rakyat tidak mahu melihat senyuman dibuat-buat menteri dan Ahli Parlimen di pek bantuan. Adalah tidak masuk akal mereka berbuat demikian selepas begitu banyak rakyat meninggal dunia setiap hari,” katanya.

Katanya, beliau menggambarkan perbuatan itu secara moralnya adalah salah kerana menggunakan dana awam yang sepatutnya digunakan untuk bantuan.

“Kerajaan perlu mengarahkan Ahli Parlimen menghentikan amalan mendapatkan kredit menggunakan wang rakyat untuk membantu rakyat. Ahli politik perlu menitikberat kesopanan dan moral dalam apa jua tindakan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Kembara Kitchen Wiiliam Cheah, berkata tindakan menampal imej ahli politik dalam bantuan kepada rakyat adalah satu bentuk pembaziran sumber.

Katanya, sambil menggagarkan pelekat berkenaan dengan nilai kos antara 10 hingga 50 sen, nilai itu boleh digunakan untuk membeli lebih banyak telur ayam.

Kembara Kitchen yang syarikat sosial mengumpulkan sukarela menjadi antara pertubuhan paling pantas menyalurkan bantuan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac, tahun lalu.

Cheah berkata, berbanding mendapat publisiti untuk diri sendiri, wakil rakyat dilantik sepatutnya membantu melaksanakan koordinasi usaha membantu rakyat memerlukan.

Katanya, bank makanan tumbuh bagaikan cendawan sejak bermulanya kempen bendera putih.

Berkaitan