Liwat II: "Jangan Hantar Saya Ke Penjara" – Anwar - pakdin.my

Azmin papah Anwar Gambar lama yang dikongsi semula di Internet memaparkan Mohamed Azmin sedang memapah Anwar.
Azmin papah Anwar
Gambar lama yang dikongsi semula di Internet memaparkan Mohamed Azmin sedang memapah Anwar.

Berbaki beberapa jam sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat keduanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu supaya dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Menurut ketua pembangkang itu, pada tahap ini beliau masih mengharapkan mahkamah memihak kepadanya.

“Saya tak salah, jangan hantar saya ke penjara.

“Namun saya masih mengharapkan keputusan yang wajar dan waras,” katanya ketika berceramah di Padang Timur di sini, Isnin malam.

Ceramah perdana ‘Rakyat Hakim Negara’ anjuran pakatan pembangkang itu adalah medan terakhir meraih simpati rakyat terhadap kes tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

Pada Selasa, Anwar akan berhadapan keputusan rayuan terakhir kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mengulas lanjut Anwar bagaimanapun berkata, beliau sudah bersedia sekiranya dipenjarakan.

“Kalau masuk (penjara) pun kita tak akan menyerah. Kita akan terus berjuang… InsyaAllah (saya) bebas.

“Saya sedia terima apa jua keputusan jika ini (keputusan agar dipenjara) adalah harga yang perlu saya bayar,” katanya.

UTAMABERITALiwat II: "Jangan Hantar Saya Ke Penjara" - Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium