Jangan jadi mangsa kumpulan sembang lucah - pakdin.my

Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menggesa netizen lebih berhati-hati dengan data peribadi dalam talian mereka kerana terdedah dengan tindakan individu dalam kumpulan sembang pornografi.

Katanya, ahli kumpulan sembang itu menjadi lebih “berani” dan mula membuat kontak langsung dengan individu yang gambarnya dikongsi dalam kumpulan berkenaan.

“Sebelum ini, mereka hanya akan berkongsi gambar atau video wanita dan kanak-kanak secara rawak dan menghantar komen lucah mengenai mangsa dalam kumpulan itu.

“Sekarang, mereka mula mencari mangsa, dan mengganggu mereka,” kata Syed Azmi.

Sebuah kumpulan pornografi tempatan dikenali “V2K” di aplikasi Telegram mendapat perhatian media selepas seorang wanita menyedari gambarnya dihantar ke kumpulan itu, dengan komen berunsur seksual.

Mangsa kemudian membangkitkan isu itu di media sosial, menyebabkan lebih ramai wanita mendapati gambar mereka dikongsi dalam kumpulan itu tanpa persetujuan.

Mangsa mendakwa selain kandungan pornografi, ahli dalam kumpulan itu turut mengambil tangkap layar gambar dan maklumat peribadi mangsa daripada akaun media sosial mereka.

Maklumat itu kemudian akan digunakan oleh ahli kumpulan untuk mengganggu mangsa secara peribadi.

“Mereka fikir tidak apa-apa melakukannya kerana melihat ahli lain berbuat demikian atau mereka dicabar untuk melakukannya.

“Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran membentuk minda mereka untuk berfikir tidak ada salah menghubungi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mungkin ada ahli yang muda dalam kumpulan itu hanya mengikut secara membuta tuli. “Tanpa pengetahuan, mereka tidak mengetahui akibat daripada perbuatan itu.”

Katanya, masyarakat juga bertanggungjawab mewujudkan persekitaran bagi pemangsa seksual.

“Ramai orang pandang ringan masalah ini dan meremehkannya. Oleh itu, sebilangannya berpendapat tidak apa-apa jika bertindak seperti ahli ini buat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebih berhati-hati ketika memberikan maklumat peribadi ke media sosial.

UTAMAGAYA HIDUPJangan jadi mangsa kumpulan sembang lucah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium