Monday - July 26, 2021 @ 02:33
BERITANASIONALJangan Kaitkan Sewenangnya Surah Yasin Dengan Misteri Kehilangan #MH370 - Jamil Khir

Jangan Kaitkan Sewenangnya Surah Yasin Dengan Misteri Kehilangan #MH370 – Jamil Khir

Surah-Yaasin-Pesawat-MH370

Orang ramai hari ini diingatkan jangan kaitkan sewenangnya surah Yasin dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia.

Mengingatkan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbuatan menyebarkan beberapa potong ayat daripada surah Yasin yang dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas adalah tidak betul.

Beliau turut menyarankan orang ramai agar tidak terlalu ghairah menyebarkan potongan ayat Al-Quran ataupun terjemahannya menerusi media sosial jika tidak mengetahui ketepatan maksud ayat mengikut syariat Islam.

“Sudah beberapa kali pandangan dan teguran dibuat tentang hal ini kerana ada ayat-ayat yang tidak tepat penggunaannya (tafsirannya), jadi kita jangan terlalu ghairah memasukkannya ke dalam media sosial.

“Kita akan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung hal ini.

“Dalam masa sama kita bagi teguran dan peringatan sebagai didikan dan asuhan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Imam-imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan di sini Rabu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here